SIRI HERBA MALAYSIA: POKOK HERBA RERAMA

Daun ajaib

kanser merupakan salah satu penyakit serius yang banyak menyerang manusia dan pelbagai penyelidikan telah dilakukan untuk mencari penawar dan kaedah rawatan yang sesuai untuk merawat kanser.Kebanyakan kanser sekarang sukar untuk diubati dan tiada ubat untuk penyakit tersebut dan ramai yang meninggal sebelum sempat untuk berubat. Namun setelah berpuluh-puluh tahun membuat penyelidikan terhadap herba yang dikatakan mampu mengubati pelbagai jenis penyakit kanser akhirnya terbukti.

Herba yang dikatakan mampu untuk merawat penyakit kanser ini ialah herba rerama atau nama saintifiknya ialah Christia vespertilionis. Ia digelar daun ajaib yang mampu merawat pelbagai jenis kanser dan anti keradangan. Penyelidikan daripada beberapa saintis daripada UPM telah membuktikan herba rerama ini berkesan untuk membantu merawat kanser. Ia juga mula mendapat perhatian dunia apabila para pengamalnya mengalami pelbagai perubahan kesihatan yang menakjubkan. Tumbuhan ini turut dikenali sebagai Daun Kelawar, Butterfly Wing atau Bian Fu Cao (di China). Ia berasal dari rantau Asia dan telah lama digunakan dalam perubatan tradisional di Thailand.

 Botani herba rerama

Herba rerama ini boleh mencapai ketinggian 1.5 hingga 2 kaki dalam masa empat bulan bermula dari benih.Mempunyai daun berbentuk seperti rama-rama dan mempunyai pelbagai warna iaitu merah,hijau belang ungu dan hijau. Pokok yang berdaun hijau yang digunakan untuk perubatan. Daun yang sudah matang boleh dibuat ubat setelah mencapai tempoh empat bulan. Jika pokok dibiarkan selama setahun dan tidak dipotong, boleh capai ketinggian hingga 5-6 kaki. Boleh dibiakkan melalui biji benih dan juga keratan batang. Cara menanam pokok rerama ni mudah saja, sama macam pokok bunga yang lain. Cuma pokok rerama tidak boleh terkena cahaya terus daripada matahari dan perlu diletakkan bawah teduhan. Boleh letakkan dibawah lindungan seperti net hitam atau bawah bumbung. Boleh ditanam didalam pasu untuk kegunaan sendiri. hanya gunakan tanah dengan pH sekitar 6.1 ke 7.5. Boleh juga ditanam terus ke atas tanah dan pastikan tanah lembap. Siram dua kali sehari untuk tumbesaran yang baik. Untuk mempercepatkan percambahan, pucuk pokok ini perlu digunting selalu. Jika tidak dipotong, ia mampu tumbuh sehingga kira-kira dua meter. Setahun cuma boleh tuai 3 kali.

Khasiat daun rerama

 Terdapat beberapa testimoni pesakit kanser dan HIV yang menggunakan daun ini. Dikatakan keadaan mereka adalah lebih baik dan semakin cergas daripada sebelum mengambil daun rerama ini. Air rebusan daun rerama ini dikatakan mampu merawat kanser dan beberapa penyakit lain seperti angin ahmar (strok), darah tinggi, kencing manis, asma, migrain, resdung, denggi, demam campak, masalah usus serta penyakit SLE (Sistemik Lupus Eritematosus).

Khasiat lain ialah:

  • Mampu meningkatkan selera makan
  • Membersihkan darah
  • Menguatkan sistem imunisasi badan
  • Meningkatkan antibodi dalam badan
  • Mampu mengurangkan ketagihan rokok dan dadah

Dalam perubatan tradisional, tumbuhan ini diproses menjadi teh rerama dengan cara merendamkannya dengan air panas. Keseluruhan bahagian pokok rerama hijau iaitu daun, batang dan akar dikeringkan dan dikisar halus sebelum direndam dalam air panas. Air rebusan daun ini tidak ada kesan sampingan dan selamat untuk diminum.

insyaallah..setiap penyakit pasti ada penawar, kita berusaha dan moga Allah swt menyembuhkannya.

semoga artikel ini bermanfaat.

Kongsikan!
This entry was posted in Herba and tagged , , , . Bookmark the permalink.

Leave a Reply