10 Kemahiran Dalam Bidang Pertanian yang Perlu Anda Kuasai bagi Tahun 2017

Tahun 2015 sehingga penghujung tahun 2016 merupakan tahun yang mencabar daripada segi ekonomi.

Di mana kejatuhan harga minyak dunia memberi impak kepada pendapatan semua negara yang bergantung kepada industri oil & gas sebagai pendapatan utama.

Selain daripada itu, kejatuhan harga minyak turut memberikan kesan kepada harga input pertanian.

Bukan bertambah murah tetapi bertambah tinggi.

Diikuti dengan kejatuhan ringgit kepada dollar menyebabkan harga bahan input yang diimport seperti baja menjadi lebih tinggi.

Walaubagaimana pun kejatuhan nilai matawang ini memberikan sedikit sinar pada harga jualan ladang kerana kurangnya barang mentah makanan seperti sayuran diimport.

Kejatuhan harga minyak ini menyebab ramai pengusaha baru menceburi bidang pertanian.

Ini kerana perusahaan berasaskan pertanian tidak memerlukan modal yang tinggi.

Ekonomi merundum sekali, barang makanan tetapi mempunyai harga.

Jelas sekali tahun 2017 akan menjadi tahun usahawan pertanian.

Justeru itu bagi tahun 2017 ini, usahawan baru perlu memnguasai 10 kemahiran ini untuk meningkatkan kadar kejayaan projek pertanian.

Bagi pemilik ladang yang mencari pekerja atau pengurus ladang 10 skills ini perlu dinilai pada bakal pekerja.

10 Kemahiran Dalam Bidang Pertanian yang Perlu Anda Kuasai bagi Tahun 2017 adalah seperti berikut:

1. Perakaunan kos dan untung-rugi

istock_000003655794large

Pengusaha perlu mengetahuai ilmu perakaunan ringkas bagi mengira kos input projek, titik pulangan, ROI, untung-rugi dan parameter lain.

Kejayaan sesuai perniagaan adalah bergantung kepada angka yang ada dalam buku kira – kira.

Angka positif akan memberikan keuntungan. Manakala angka negatif menandakan kerugian.

Setiap kos projek yang dikeluarkan dan jualan masuk perlu direkodkan.

Skill perakaunan ringkas ini adalah kritikal bagi sesuatu perniagaan.

2. Pembajaan tepat

Pembajaan tepat atau precision fertilizing adalah penting bagi projek pertanian.

Ini dapat membantu menjimatkan penggunaan baja dan menjimatkan kos input projek.

3. Pemasangan dan penyelenggaraan sistem pengairan

Kemahiran pemasangan dan penyelenggaraan sistem pengairan seperti renjis, titis dan sebagai penting.

Kemahiran ini dapat menjimatkan kos pembangunan projek pertanian.

4. Pengendalian dan Penyelenggaraan jentera ladang

Kemahiran ini dapat menyelamatkan banyak kos ladang untuk jangka masa panjang.

Pengusaha ladang dapat menggelakkan daripada outsource atau menggunakan sumber luar bagi mengendalikan dan menyelenggaran ladang.

5. Kawalan penyakit dan serangga perosak tanaman

sss

Kemahiran yang kritikal di dalam pertanian.

85% projek pertanian gagal adalah berpunca daripada kegagalan mengawal penyakit dan serangga perosak di ladang.

Pengusaha perlu mengeluarkan kos untuk melatih dan berkursus.

6. Pengurusan pekerja ladang

teori-psikologi-sosial-perspektif-struktural

Skil perhubungan manusia yang boleh dilatih.

Pengurusan pekerja ladang adalah kritikal kerana pekerja ladang adalah manusia dan perlu dijaga sebaiknya bagi mengelak mereka daripada lari atau berpindah kerja di ladang yang lain.

7. Pengredan dan Perunding Pemasaran

Skil yang penting bagi menentukan harga jualan hasil pertanian.

Pengusaha perlu mempunyai kemahiran bagi merunding bagi mendapatkan harga pasaran yang terbaik atau tinggi.

Harga jualan juga merupakan faktor yang penting bagi projek pertanian untuk mampan.

8. Pengurusan ladang

Pengurusan ladang merangkumi aspek agronomi.

Bermula daripada penyediaan tapak, penanaman sehingga peringkat tuaian.

Pengusaha perlu meningkatkan keberkesanan dan effisien dalam segenap aspek.

9. Penyimpanan rekod berkomputer dan analisa ladang

mancing-info

Pengusaha perlu menguasai skill Penyimpanan rekod berkomputer dan analisa ladang.

Sekurang – kurangkan tahu menggunakan perisian microsoft excel.

Lain – lain perisian pertanian adalah bonus.

Pengusaha juga perlu tahu menganalisa data hasil pertanian bagi mengetahui kelebihan dan kelemahan perusahaan yang boleh diperbaiki.

10. Kemahiran eksperimen ringkas

eksperimen-untuk-anak

Kemahiran eksperimen ringkas dapat membantu pengusaha di dalam jangka masa panjang terutama apabila ingin menguji baja atau teknik yang baru.

Terma seperti rawak, purata, mod, median, min, sisihan dan lain – lain perlu difahami dalam menjalankan eksiperime kelak.

ysuhaimi
Latest posts by ysuhaimi (see all)

About ysuhaimi

Penulis jemputan MYAGRI. Dikenali sebagai Dr Mut. Veteran Agronomist, Researcher dan Farmers yang sering menulis berkaitan tentang pertanian tepat guna.
This entry was posted in Fertigasi, Info, Pertanian Umum and tagged , , . Bookmark the permalink.

Leave a Reply