PENANAMAN DAN PENGENDALIAN LEPAS TUAI TAUGEH

Taugeh merupakan makanan daripada percambahan kacang hijau(Vigna radiata) atau kacang hitam (Vigna mungo) yang diimport daripada Thailand atau China. Tanaman ini Nampak mudah namun ia memerlukan ilmu pengetahuan dan peralatan yang khas bagi menghasilkan taugeh yang standard. Kebiasaanya, taugeh akan dipasarkan secara segar kepada pemborong mahupun di pasar. Artikel kali ini saya kongsikan sedikit mengenai penanaman taugeh.

Proses Pengeluaran Taugeh

Pemilihan lokasi yang betul dari segi sumber air dan ruang pasaran adalah untuk memastikan projek yang berterusan. Sumber air mestilah dari sumber yang bersih, tidak tercemar dan mencukupi.

Bekas plastik ini mestilah bersih dan diletakkan didalam rumah atau lokasi atau tapak yang berbumbung, mempunyai dinding dan pagar agak tidak ada pencemaran daripada binatang atau serangga. Lantai kawasan menyimpan tong mestilah dari jenis konkrit yang mudah di basuh dan mempunyai saliran yang baik. Pastikan diasingkan stor penyimpanan bahan mentah dengan kawasan menyimpan tong percambahan yang sentiasa basah dan lembab.

Lazimnya biji ini akan bercambah dalam masa 4-6 hari dalam bilik yang gelap dan suhu rendah serta tong bersesuaian. Proses penyiraman berjadual adalah sangat penting dalam pengeluaran taugeh. Jalankan kerja menyiram dengan kekerapan 2-4 jam sekali sama ada secara manual, separa automatik atau automatik sepenuhnya. Pengawasan perlu sentiasa dijalankan semasa proses penyiraman agar tidak berlaku terlalu banyak air dan terendam.

Setelah kacang mula bercambah perlu di buat proses mengasingkan kulit taugeh agar taugeh jadi bersih daripada kontaminasi kulit kacang. Taugeh yang telah matang boleh diasingkan dari kulitnya dengan mudah dan taugeh yang dituai hendaklah terus ditoskan selama satu hari sebelum dibungkus supaya kering kerana taugeh lebih tahan dijual secara kering.

ysuhaimi
Latest posts by ysuhaimi (see all)

About ysuhaimi

Penulis jemputan MYAGRI. Dikenali sebagai Dr Mut. Veteran Agronomist, Researcher dan Farmers yang sering menulis berkaitan tentang pertanian tepat guna.
This entry was posted in Taugeh and tagged , , , . Bookmark the permalink.

Leave a Reply