“SOIL EXCELL”

Serbuk Gel Tanaman

Dalam sektor pertanian khususnya sektor tanaman perkara ini amat kurang dibincangkan di Malaysia sebagai satu teknologi masa hadapan yang boleh dimajukan. Sebenarnya apakah dia Gel Tumbuhan? Ia merupakan sejenis Polimer (Polymer) yang mampu menyimpan air dan nutrien makanan tumbuhan yang diletakkan pada bahagian akar pokok. Air dan mineral ini akan diserap oleh akar tumbuhan dan telah pun dicipta lebih daripada 35 tahun dahulu oleh pakar-pakar sains pertanian. Dibeberapa negara tertentu gel tanaman sering digunakan sebagai bahan penting penanaman tumbuhan seperti rumput dan pokok-pokok dikawasan padang pasir.

Ia amat berguna sebagai bahan tambahan kepada tanah atau bahan pengganti tanah untuk menyimpan air, udara serta nutrien makanan bagi tumbuhan. Fungsi ini membolehkan bahan tersebut dapat disimpan lebih lama untuk diambil oleh pokok berbanding dengan keadaan sebelum dibubuh gel.

Ia melambatkan proses kehilangan air dan mineral dar dalam tanah untuk diserap oleh akar tumbuhan. Gel ini boleh digunakan bersama dengan media tanah atau hanya gel sahaja diletakkan dalam bekas khas. Mudah sahaja untuk mencampurkan serbuk gel dengan tanah sebelum aktiviti menanam, menyiram serta amalan agronomi yang lain.

Serbuk Gel yang telah direndam di dalam air

Gel tanaman di letakkan di dalam lubang

Jika pokok dalam pasu sudah membesar pun kita boleh buat lubang pada tanah dalam pasu dan masukkan serbukl gel didalamnya sebelum air disiram. Setelah disiram, gel akan mengembang dalam lubang dan memberikan sumber nutrien, udara dan air kepada tumbuhan dan pokok akan segar semula. Jika menggunakan gel sahaja, kita boleh gunakan bekas yang jernih dengan gel yang berwarna-warni atau bekas yang tidak jernih.

petani di Malaysia masih ditahap asas sahaja dimana hanya beberapa orang sahaja yang ada mengamalkannya. Gel ini memang ada digunakan oleh beberapa usahawan nurseri bunga, usahawan tanaman makanan bernilai tinggi dan pelbagai petani yang telah tahu akan kebaikannya. Seorang petani telah mengamalkan penggunaan gel tanaman ini dan ianya dapat membuktikan bahawa semasa berlakunya bencana El-Nino, tanaman beliau masih dalam keadaan baik berbanding tanaman di sekitar kawasan milik pekebun lain.

Berapa ramai sebenarnya dikalangan kita yang ‘berani’ dalam teknologi menggunakan gel tumbuhan seperti ini untuk menanam pokok? Keupayaan gel tumbuhan untuk menyimpan air dan nutrien amat signifikan digunakan oleh beberapa petani yang tidak mempunyai cukup modal untuk memasang sistem pengairan bagi tanaman terpilih. Bagi usahawan yang mempunyai risiko tanah kering seperti menanam dikawasan Tanah Bris, Tanah Bekas Lombong dan juga kawasan pesisir pantai boleh menggunakan gel bersama bahan baja organik untuk menyuburkan tanah. Pokok yang telah besar dan sering terjejas kekurangan air kita boleh bubuh gel dipangkal pokok bagi mendapatkan manafaatnya.

ysuhaimi
Latest posts by ysuhaimi (see all)

About ysuhaimi

Penulis jemputan MYAGRI. Dikenali sebagai Dr Mut. Veteran Agronomist, Researcher dan Farmers yang sering menulis berkaitan tentang pertanian tepat guna.
This entry was posted in Soil Excell and tagged , , . Bookmark the permalink.

Leave a Reply