
Padi dan produk akhirnya beras dan beras dimasak akan menjadi nasi itulah kitaran hasil padi yang diketahui oleh umum. Tapi emping padi tidak begitu sinonim buat generasi muda kini dan mereka yang tinggal di kawasan bandar dan jauh dari sawah padi. Apakah itu ‘emping padi’? Emping padi ialah padi yang muda atau separuh masak yang ditumbuk sehingga menjadi kepingan nipis. Kenapa perlu menggunakan padi yang separuh masak, bukan padi yang sudah masak kerana padi yang sudah masak mudah rapuh dan pecah apabila di tumbuk.
Emping padi selalunya dilakukan selepas habis menuai dan ditumbuk beramai-ramai. Disamping itu acara menumbuk padi separuh matang merupakan salah satu tanda kesyukuran bagi para petani dengan hasil tuian mereka. Bunyi yang dihasilkan semasa mengetuk emping padi menjadi hiburan para petani sewaktu bergotong royong mengetuk emping padi.

Proses membuat emping padi mengambil masa semalaman, padi yang separuh matang akan direndam selama satu malam, kemudian padi akan digoreng atau disanggai tanpa menggunakan minyak dan selepas itu padi itu akan ditumbuk menggunakan lesung khas. Proses menumbuk emping padi memerlukan 2-3 orang. Padi akan diasingkan daripada kulitnya yang tercabut .
Padi yang telah menjadi leper (emping) boleh di makan terus, tetapi ada pelbagai cara untuk di makan mengikut negeri masing-masing. Resepi yang paling popular ialah:
Emping padi muda secukupnya.
Gula enau atau gula melaka, diracik halus
Parutan putih kelapa
Sedikit garam halus
Bahan-bahan ini terus digaul dan sudah tersedia untuk di makan. Ada yang rendam emping padi dengan air panas untuk beberapa minit kemudian di toskan dan digaulkan dengan bahan-bahan yang sama di atas. Tips untuk lebih rangup campurkan dengan emping padi yang belum di rendam dengan air panas.
Terdapat resepi emping padi yang dimasak dengan isi ikan dan kerisik untuk di jadikan kerabu.
Kini , pembuatan emping padi tidak begitu banyak dan proses pembuatan emping padi secara tradisional semakin di telan zaman terutamanya di kalangan generasi muda kerana kemudahanteknologi dan jentera penuai pagi yang semakin moden.
- MASKER SEMULAJADI - March 22, 2019
- POKOK KAPAS - March 20, 2019
- PEWARNA MAKANAN SEMULAJADI VS PEWARNA MAKANAN TIRUAN - March 18, 2019