Teknologi Penanaman Misai Kucing secara Fertigasi

Tanaman Misai Kucing atau nama saintifiknya Orthosiphon stamineus merupakan herba berdaun yang popular di Malaysia.

Tanaman ini juga telah diakui mempunyai banyak khaisat dan faedah perubatan.

Pengeluaran hasil buah cili, melon wangi dan tomato secara fertigasi telah meningkat sebanyak 3 – 5 kali ganda berbanding dengan cara penanaman secara konvensional.

Peningkatan hasil yang tinggi ini telah mencetuskan inovasi dalam penanaman herba berdaun iaitu misai kucing secara fertigasi.

Penanaman misai kucing secara fertigasi boleh dilakukan menggunakan sistem fertigasi secara terbuka atau di bawah struktur pelindung hujan (SPH).

Tanaman misai kucing mencapai kematangan selepas 3 bulan penanaman dengan kekerapan tuaian 2 minggu sekali.

Purata tuaian hasil basah per polibeg adalah sebanyak 1.5 kg.

Pada kadar 10% kandungan air, purata berat kering setiap polibeg adalah 0.1 kg.

Teknologi penanaman misai kucing secara fertigasi terbukti dapat meningkatkan hasil tuaian misai kucing berbanding dengan penanaman secara konvensional.

Penanaman misai kucing secara fertigasi boleh dijadikan pilihan alternatif kepada usahawan tani.

Pakej teknologi penanaman misai kucing secara fertigasi terbukti dapat meningkatkan pertumbuhan dan hasil tuaian.

Penggunaan sistem fertigasi dapat meningkatkan pendapatan pengusaha.

misai kucing

Pengeluaran misai kucing dapat dijalankan berulang kali dan berterusan di tapak projek yang sama serta dapat menyingkirkan masalah rumpai dan penyediaan tanah setiap kali penanaman konvensional dimulakan.

Penanaman misai kucing secara fertigasi boleh dijadikan pilihan alternatif kepada usahawan tani dan mempunyai daya maju sebagai industri hiliran.

ysuhaimi
Latest posts by ysuhaimi (see all)

About ysuhaimi

Penulis jemputan MYAGRI. Dikenali sebagai Dr Mut. Veteran Agronomist, Researcher dan Farmers yang sering menulis berkaitan tentang pertanian tepat guna.
This entry was posted in Fertigasi, Misai Kucing and tagged , , , . Bookmark the permalink.

Leave a Reply