CEDAR RAPIDS, Iowa – Dua syarikat berkaitan produk makanan halal mengaku salah semalam kerana berkomplot mengeksport produk daging halal palsu untuk dijual di Malaysia, Indonesia dan tempat-tempat lain.
Midamar Corp. dan Perkhidmatan Islam Amerika Syarikat (ISA) mengaku salah di mahkamah persekutuan di Cedar Rapids kerana berkomplot membuat pengakuan palsu melibatkan sijil eksport, menjual daging tidak halal dan menipu.
Di bawah persetujuan pihak pendakwa raya, setiap syarikat perlu membayar AS$600,000 (RM2.58 juta) daripada perolehan skim penipuan tersebut. Kedua-dua firma itu turut diletakkan di bawah pengawasan pihak berkuasa dan mesti membayar denda tambahan. Midamar merupakan pemborong makanan, manakala ISA memperakui produk Midamar sebagai halal. ISA ialah antara segelintir organisasi yang meluluskan daging yang diimport Malaysia, Indonesia, Kuwait, Arab Saudi dan Emiriyah Arab Bersatu.
Pengasas Midamar, Bill Aossey Jr. didapati bersalah pada Julai lalu kerana mengeksport daging lembu ke Malaysia dan Indonesia yang tidak memenuhi standard halal ketat kedua-dua negara berkenaan.Sebahagian daging lembu Midamar datang dari sebuah rumah sembelihan di Minnesota yang disahkan tidak halal oleh Malaysia dan Indonesia. – AP
Sumber – KOSMO 12 September 2015
- Mulakan Projek Pertanian Musim Covid - May 27, 2021
- Apakah itu Baja Fertigasi? - January 14, 2021
- SOP Tanaman Integrasi Fertigasi - September 29, 2020