Mari Mengenal Penyakit Tanaman Rockmelon

Masih ramai usahawan atau pengusaha tanaman rockmelon masih gagal mengenal pasti penyakit utama tanaman rockmelon iaitu downy mildew dan powdery mildew. Artikel kali ini adalah sekadar review kembali berkenaan penyakit ini. Kulat ini juga sering menyerang daun tanaman rockmelon, melon, tembikai, timun dan tanaman yang sama species dengannya. Anda semua boleh baca kembali artikel lepas melalui link di bawah ini:

Klik sini

Dalam keadaan cuaca yang tidak menentu ini iaitu hujan dan panas secara tetiba di dalam masa satu hari menjadikan sukar untuk pengusaha tanaman terutama penanam melon atau rockmelon untuk mengawal penyakit kulat. Artikel kali ini, kita akan berkenalan dengan dua jenis penyakit kulat yang sangat popular di kalangan pengusaha rockmelon fertigasi dan bagaimana cara untuk kita mengatasinya. Secara umumnya terdapat dua kulat yang sering menyerang tanaman rockmelon. Kulat – kulat ini juga sering menyerang tanaman tembikai, labu, timun dan tanaman yang sama species dengannya.

Downy Mildew (Pseudoperonospora cubensis)
– Siptom: Tompok-tompok bersegi warna kuning pada daun, Tompok bermula dari bawah dan merebak ke atas. Jika serius daun menjadi kering dan pokok mati.

P1060250

Powdery Mildew (Erysiphe cichoracearum)
– Siptom: Tompok-tompok putih pada daun. Daun yang dijangkiti akan bertukar menjadi kuning kemudian perang dan akhirnya daun kering.

P1060261

Pencegahan
1) Pasti kawasan penanaman mempunyai pengudaraan atau aliran udara yang baik.
2) Kepadatan atau bilangan pokok yang sesuai. Penanaman yg padat akan menyebabkan penyakit merebak dengan cepat.
3) Gunakan jarak tanaman yg betul.
4) Penggunaan sistem kawalan serangga perosak dan penyakit secara bersepadu.

Kawalan
Semburan kuprum boleh digunakan bagi merawat kedua-dua penyakit kulat ini. Bahan aktif racun yang disyorkan adalah Azoxystrobin. Sangat berkesan!

Ingin mendapatkan racun bagi mengawal kulat downy mildew dan powdery mildew ini dengan harga yang murah…boleh klik sini untuk ke Myagri Shop…

Kongsikan!
  •  
  •  
  •  
  •  
This entry was posted in Kawalan serangga tanaman, Labu, Mari Mengenal Serangga Perosak Tanaman Fertigasi, Melon, Penyakit Tanaman, Rockmelon, Tanaman Fertigasi and tagged , , , , , , , , . Bookmark the permalink.

Leave a Reply