Varieti Cili Pilihan Usahawan Fertigasi: Kulai 568

Kecoh dengan penurunan harga cili yang mendadak sekarang.

Banyak terdengar keluh resah usahawan tani terutama pengusaha tanaman cili.

Ada juga khabar yang sampai mengatakan cili kulai 461 disama taraf dengan kulai minyak.

Jadi di mana letakkan harga cili kulai 461?

Bekalan benih kulai 461 juga turut habis di Malaysia, menurut satu-satunya pengimport benih SAKATA di Malaysia.

Ini menunjukkan semakin ramai usahawan menanam cili kulai 461.

So bila bekalan cili kulai 461 ini banyak ditambah dengan cili import maka harganya pun turun kerana pemborong mempunyai banyak pilihan.

Harapan saya agar kesan ini hanya sementara waktu sahaja.

Ramalan saya apabila hari raya haji nanti harga cili kembali senyum (naik).

Tetapi sesiapa yang tanam timun memang senyum sampai ke telinga. Kikiki.

Wow dahsyat juga penangan fertigasi kepada industri pertanian Malaysia terutama golongan muda atau dikategorikan sebagai Agroprenuer Muda.

Oklah cukup lah kalam pembuka kata.

Saya dipelawa untuk menulis berkenaan varieti cili.

Oleh kerana cili kulai 461 turun harga, maka saya mulakan penggembaraan kita dengan cili kulai 568.

Saya rasa rata – rata pengusaha di Selangor, Negeri Sembilan, Melaka, Johor, Perak selatan tidak kenal kulai 568 kerana mereka dibuai dengan mimpi indah kulai 461. Krik krik krik.

Cili kulai 568 sememangnya menjadi pilihan bagi pengusaha cili di Kedah, Perak Utara, Penang dan Perlis.

Pokok cili kesemuanya sama, yang membezakannya adalah rupa buah cilinya.

Buah Cili kulai 568 mempunyai banyak kedut berbanding cili kulai yang lain.

Justeru itu, kulai 568 diiktiraf sebanyak kulai yang sebenar.

Cili kulai 568 susah ditanam kerana varieti ini tidak rintang atau tahan terhadap virus lalat putih dan sering rosak kerinting akibat virus.

Justeru itu, kebanyakkan pengusaha akan memilih varieti cili yang seakan-akan menyerupai kulai 568 seperi kulai 461, kulai 223 atau pun kulai 151.

Kulai yang menyerupai kulai 568 ini dipilih kerana untuk memudahkan pemasaran dan varieti ini rintang terhadap virus lalat putih.

Kulai 568 diiktiraf kulai yang sebenar, oleh itu cili kulai 568 mempunyai permintaan yang tinggi di pasaran.

Sebagai contoh, jika harga cili jatuh RM 2 – 3 sekilogram harga ladang, cili kulau 568 masih kekal 5 – 8 per kilogram.

Cuma masalah tidak tahan penyakit ini, penyebabkan kulai 568 tidak menjadi pilihan pengusaha cili.

Saya secara peribadinya tidak syorkan pengusaha baru untuk menanam cili kulai 568.

Oleh sekarang mari kita lihat ciri – ciri kulai 568:

1. Pokok cili kulai 568 boleh mencapai ketinggian 130 cm secara puratanya apabila ditanam secara fertigasi. Rekod ketinggian 568 adalah 8 kaki!

2. Secara puratanya, hasil cili kulai 568 boleh mencecah 2.5 – 3.5 kg sepokok untuk tempoh 6 bulan penanaman.

3. Buah cili kulai 568 boleh mencecah 15 – 30 cm panjang dengan berat 20 – 25 g sebiji secara purata. Satu kg buat cili kulai 568 boleh mengandungi 40 – 60 biji buah cili.

4. Pokok cili kulai 568 mempunyai banyak cabang dan kebiasanya bunga akan tumbuh pada cabang Y cili. Justeru lagi tinggi pokok cili kulai maka lagi banyaklah bunga cili.

5. Kulai 568 merupakan cili yang berbunga sepanjang masa. Tidak seperti kulai 461 yang berbunga serentak dengan banyak. Justeru itu sangat penting bagi pengusaha untuk mengekalkan pembajaan yang betul di sepanjang peringkat penanaman cili kulai 568.

6. Buah cili matang pada indeks kematangan berwarna merah. Buah cili kulai 568 berkedut pada permukaannya. Buah cili kulai 568 boleh dituai selepas 75 hari dipindahkan ke polibeg atau plot tanaman.

Secara umumnya kulai 568 sepatutnya menjadi pilihan utama pengusaha cili di Malaysia kerana kulai ini diiktiraf sebagai kulai yang sebenarnya berbanding kulai – kulai yang lain.

Dengan kawalan penyakit dan serangga perosak yang tepat adalah tidak mustahil untuk menanam kulai 568 ini.

Ini kerana telah ada usahawan yang berjaya menanam kulai 568 sehingga hasil mencecah 3 – 4 kg sepokok.

ysuhaimi
Latest posts by ysuhaimi (see all)

About ysuhaimi

Penulis jemputan MYAGRI. Dikenali sebagai Dr Mut. Veteran Agronomist, Researcher dan Farmers yang sering menulis berkaitan tentang pertanian tepat guna.
This entry was posted in Fertigasi and tagged , , . Bookmark the permalink.

Leave a Reply