Siri Herba Malaysia – Halia Bara

Halia atau zanjabil dalam bahasa arab ada disebut di dalam al-Quran. Sebagai contoh di dalam Surah Al-Insan ayat 17, firman Allah Taala yang bermaksud “Dan mereka dalam syurga itu, diberi dari sejenis minuman yang campurannya dari zanjabil.”

Nama saintifiknya Zingiber officinale var rubrum ataupun nama komersialnya halia bara cukup terkenal di kalangan rakyat Malaysia. Selalunya halia dibuat campuran dalam bahan masakan dan juga di buat sebagai perubatan oleh sesetengah masyarakat. Halia bara berasal daripada keluarga Zingiberaceae.

Di sesetengah tempat halia bara dipanggil halia merah atau halia udang. Terdapat banyak dan pelbagai khasiat halia bara yang elok untuk kesihatan badan. Kepada yang jarang masuk dapur kemungkinan besar tidak dapat membezakan antara halia biasa dan halia bara. Jika di buat perbandingan halia bara mempunyai saiz imbisi lebih kecil berbanding halia biasa dan warnanya juga berwarna kemerahan (merah tua) juga baunya lebih kuat berbanding biasa.

Halia Bara

Daunnya juga lebih kecil jika dibandingkan dengan halia biasa. Daunnya berbentuk panjang dan meruncing. Halia bara mencapai masa setahun untuk matang dan mempunyai ketinggian di antara 15-30cm. Jika dilihat sekali imbas pokoknya lebih kurang seperti pokok halia biasa tetapi jika dilihat dengan teliti ternyata sedikit perbezaanya.

Halia bara mempunyai pelbagai khasiat dan antaranya adalah umtuk mengubati penyakit kurap dan panas. Ia juga digunakan untuk batuk, demam malaria, resdung, tenaga batin, menghilangkan kelemumur pada rambut,. Halia bara juga membantu dalam proses penghadaman makanan selain dari mengeluarkan angin dalam badan. Selalunya orang kampung dan orang asli menggunakan halia bara untuk rawatan ibu selepas bersalin dalam proses berpantang.

Rizom_halia_bara (1)

Kini halia bara menjadi bahan campuran dalam pelbagai produk yang berada di pasaran. Walaubagaimanapun kita harus berhati-hati dalam membeli sesuatu produk yang mempunyai campuran halia bara untuk mengelakkan kesan buruk pada masa akan datang. Ini kerana sekarang terdapat pelbagai jenis barang tiruan yang menjadi lambakan di pasaran.

Halia bara juga sesuai ditanam secara konvensional dan terkini secara fertigasi.

ysuhaimi
Latest posts by ysuhaimi (see all)

About ysuhaimi

Penulis jemputan MYAGRI. Dikenali sebagai Dr Mut. Veteran Agronomist, Researcher dan Farmers yang sering menulis berkaitan tentang pertanian tepat guna.
This entry was posted in Herba and tagged , , , , , , , . Bookmark the permalink.

12 Responses to Siri Herba Malaysia – Halia Bara

  1. yati says:

    MCM MANA NAK DPTKAN HALIA BARA NI
    YATI 012-751 9942

  2. Ali says:

    How to get “halia bara” do melaka atau yang terdekat?

  3. mali says:

    saya juga berminat..harap dpt hubungi sy 0193854771

  4. Jan says:

    Mcm mana Nk dapatkan benih halia barang ini

Leave a Reply